Friday, September 20, 2013

BENIH POKOK DURIAN TEBARU DI PASARAN KINI BERADA DI SUNGAI PETANI!

Sebagai penjual pokok saya sangat teruja dengan kehadiran benih durian terbaru di pasaran iaitu Duri Hitam ataupun dipanggil Ochee.Kini terdapat di Rezeki Rayyan Nurseri.Kalau anda rajin silalah ke pasar tani hari ahad di Sungai Petani dan di pekan hari isnin khamis di tepi sungai berhampiran stesen teksi lama untuk melihat sendri rupa pokok tersebut
.
Gambar tak berapa banyak lagi yang ada. Tapi nanti saya akan tampilkan gambar terbaru perbezaan pokok durian duri hitam dengan pokok durian yang lain.


Ini pula adalah gambar sijil penghargaan yang menunjukkan benih durian duri hitam ini memenangi tempat pertama pertandingan hasil-hasil pertanian pada tahun 2012.Saya sendiri tak tahu siapa yang telah mencipta benih ini. Gambar sijil ni pun diperoleh melalui carian di internet.

Ulas durian duri hitam ni berwarna oren.Menurut sumber yang diperoleh rasa durian ni apabila di makan rasanya manis bila sampai tang hujung-hujung tu ada rasa sedikit pahit.
Cara nak kenal durian ni adalah dengan melihat hujung durinya yang ada sedikit warna hitam. Harga durian duri hitam dipasaran setakat ini dikhabarkan mencecah sehingga RM30 SEKILO!


1 comment:

Unknown said...

Salam..Rezeki rayyan nurseri ada ke anak pokok duri hitam ni?