Keistimewaan yang terdapat pada Bunga Raya Maroon ini ialah warna daunnya yang cantik dan hampir lebih kurang menyerupai warna bunganya.Seperti yang dapat anda lihat di dalam gambar di atas.
Bunga Raya Maroon sangat cantik sesuai menghiasi halaman rumah
Kaedah pembiakannya juga amat mudah.Hanya perlu kerat batang dan cucuk sahaja di atas tanah dan ia mudah hidup.Sesuai ditanam dalam bentuk yang nampak banyak kerana daunnya yang kemerahan itu juga sudah cantik
Walau bagaimanapun satu sahaja kekurangan yang terdapat pada bunga ini, ia hanya kembang pada waktu pagi sahaja. Sepanjang pengamatan saya selalunya ia akan mekar lebih kurang bermula pada pukul 7 pagi dan ia akan mula menguncup sebelum pukul 11. Sangat pendekkan waktu ia mekar? Inilah yang dikatakan nilai eksklusifnya cantik tapi mekarnya tak lama
Bunganya mula menguncup seperti ini..
Setelah ia selesai mekar dia pun mula menguncupkan dirinya seperti ini
. Jadi sekiranya ingin melihat kecantikan bunganya haruslah bangun awal pagi dan tunggu!